SEORANG pemburu warga Lubnan meninggal dunia pada hari Sabtu selepas ditembak pengawal sempadan Syria, lapor agensi berita Lubnan.
Menurut National News Agency, Abbas Raad ditembak polis yang sedang mengawal sempadan Syria.
Bapa berusia 55 tahun itu, dilaporkan sedang memburu bersama empat yang lain di kawasan sempadan.
Raad dan dua yang lain cedera akibat tembakan itu dan dibawa ke hospital Syria, di mana Raad meninggal dunia.
Kedua-dua pemburu yang lain dibawa ke penjara oleh polis sempadan Syria.
Kesemua mangsa berasal dari timur laut Baalbek.
“Mereka berada di dataran tinggi berhampiran kampung Tfeil” pada masa kejadian. Laporan turut mengatakan keluarga Raad akan menuntut mayat lelaki itu pada hari Sabtu di Syria.
Lubnan dan Syria berkongsi sempadan yang tidak bertanda dengan jarak beberapa ratus kilometer, di sepanjang sempadan antara kedua-dua negara tidak mempunyai kehadiran ketenteraan dari mana-mana pihak, sehingga ia mudah direntasi pemburu dan penyeludup. – AFP, 21 September, 2019.
Komen