AS, El Salvador meterai perjanjian bendung pendatang asing 


Perjanjian itu diumumkan pada sidang akhbar bersama di Washington oleh Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kevin McAleenan dan Menteri Luar Negeri Salvador Alexandra Hill.– Gambar EPA, 21 September, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) dan El Salvador mencapai kesepakatan pada hari Jumaat bagi menumpukan penanganan isu-isu pendatang haram yang dilihat boleh membuka pintu bagi AS untuk menghantar kembali pelarian ke negara Amerika Tengah.

Perjanjian itu diumumkan pada sidang akhbar bersama di Washington oleh Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kevin McAleenan dan Menteri Luar Negeri Salvador Alexandra Hill.

Ia dilihat sebagai langkah terbaharu pentadbiran Donald Trump bagi mengekang pendatang asing ke Amerika Syarikat dengan bantuan negara jiran.

Aktivis pelarian dan pendatang asing dilaporkan mengecam perjanjian tersebut.

Cesar Ríos, dari Institut Salvadoreno del Migrante (Insami), mengatakan langkah tersebut menunjukkan El Salvador menyokong dasar kontroversi imigresen AS, dan menjadikan negaranya sebagai sebuah tempat “tangkapan strategik”.

Bagaimanapun, McAleenan berkata perjanjian itu berpotensi memberi perlindungan kepada mereka yang melintasi El Salvador, di samping mengatakan “intipati perjanjian tersebut adalah untuk mengenal pasti pembangunan sistem suaka di El Salvador dan membantu mereka mengembangkan kemampuan itu.”

Tahun lalu Trump mengisytiharkan dasar “toleransi sifar” di sempadan Mexico dalam menangani pendatang tanpa izin, yang kebanyakannya merupakan keluarga dari Amerika Tengah – AFP, 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen