Negara serang Iran bakal jadi 'medan tempur utama'


"Sesiapa yang mahu tanah mereka menjadi medan perang utama, teruskan," kata komander Hossein Salami pada sidang akhbar di Tehran. – Gambar EPA, 21 September, 2019.

KOMANDER Pengawal Revolusi Iran memberi amaran pada hari Sabtu bahawa mana-mana negara yang menyerang republik Islam itu akan menyaksikan wilayahnya akan berubah menjadi “medan perang utama”.

“Sesiapa yang mahu tanah mereka menjadi medan perang utama, teruskan,” kata komander Hossein Salami pada sidang akhbar di Tehran.

“Kami tidak akan membenarkan sebarang peperangan dilancarkan di wilayah Iran.

“Kami berharap bahawa mereka tidak membuat kesilapan strategik” seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini, kata Salami, sebelum menyenaraikan “pertempuran” tentera Amerika Syarikat melawan Iran.

Salami bercakap di muzium Revolusi Islam dan Pertahanan Suci Tehran semasa pelancaran pameran dron yang didakwa Iran merupakan milik Amerika Syarikat yang disekat di wilayahnya. – AFP, 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen