RIBUAN aktivis berhimpun di seluruh pantai dan sungai di seluruh Asia pada hari Sabtu bagi mengumpulkan sampah yang menjadi sebahagian kumpulan sampah yang dibuang di seluruh dunia, sehari selepas jutaan aktivis berkumpul bagi menggesa pemimpin dunia untuk bertindak susulan isu perubahan iklim.
Para sukarelawan berhimpun sempena Hari Bersih Sedunia - inisiatif yang menggesa aktivis turun ke jalan raya untuk membersihkan sampah di seluruh dunia sejak ia dimulakan sejak sedekad lalu.
Negara pulau Fiji menyaksikan himpunan paling awal, apabila orang ramai memenuhi pantai untuk mengutip sampah, menyusun tayar kereta dan bahagian enjin di pantai barat Suva.
Aktivis juga turut berkumpul di pantai Bondi Australia mengumpulkan sampah-sampah di pasir, mengumpulkan beg plastik dan puntung rokok.
Di Filipina, kira-kira 10,000 orang berhimpun membersihkan pantai di Manila Bay, mereka memungut sampah dan memenuhkan karung sampah mereka sehingga penuh.
Pencemaran plastik adalah masalah utama di seluruh Asia Tenggara, khususnya di Filipina - termasuk China, Vietnam dan Indonesia - yang sering disenaraikan sebagai wilayah yang memiliki kumpulan sampah terburuk di dunia.
“Bagi kami amat penting memulihara alam sekitar, terutamanya di sini, terlalu banyak sampah,” kata Mae Angela Areglado, pelajar berusia 20 tahun kepada AFP ketika melakukan pembersihan di bandar besar Baseco.
“Plastik menjejaskan kehidupan marin kerana hidupan laut menyangka ia adalah makanan,” katanya.
Pembersihan besar-besaran itu diselaraskan oleh Yayasan Let’s Do It, yang ditubuhkan demi “menghubung dan memberdayakan orang ramai dan organisasi di seluruh dunia demi menjadikan planet kita bebas sampah,” menurut laman webnya. – AFP, 21 September, 2019.
Komen