Kerjasama PAS-Umno tidak jejas Umno Sabah, kata Zahid


Jason Santos

Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan kerjasama Umno dengan PAS tidak memberi kesan negatif kepada Umno Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 21 September, 2019.

KERJASAMA Umno dengan PAS hanya memberi kesan kecil kepada cawangan negeri di Sabah, kata Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Presiden Umno berkata beliau tidak membenarkan perikatan itu memberi kesan negatif kepada Umno Sabah, yang tidak lama lagi akan memperoleh autonomi untuk membentuk pakatan sendiri dengan parti pilihannya.

Beliau berkata pada awal hari ini, status autonomi Umno Sabah akan diberi secara rasmi semasa perhimpunan agung parti pada #November.

Zahid mengakui PAS tidak popular di Sabah yang menjauhkan diri dengan politik berasaskan agama.

“Saya melihat pakatan nasional dengan PAS hanya memberi kesan yang kecil kepada parti di Sabah. Tetapi kita tidak akan membenarkan ia menganggu negeri.

“Pada masa ini, kita tidak pasti dengan mana parti Umno Sabah akan membentuk pakatan, tetapi kita akan mengumumkan ia apabila tiba masanya,” katanya selepas melancarkan konvensyen Umno Sabah di ibu pejabat parti di Kota Kinabalu, hari ini.

Pada 14 September, pesaing selama 40 tahun, Umno dan PAS menandatangani piagam untuk kerjasama dalam acara dua hari dikenali sebagai Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra. – 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen