PRESIDEN Zimbabwe Emmerson Mnangagwa pada Jumaat berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) bagi mengutarakan dasar penglibatan dan penglibatan semula kerajaannya yang menyaksikan Zimbabwe diterima semula oleh dunia selepas mengasingkan diri hampir dua dekad.
Di New York, Mnangagwa dijangka bertemu, di luar Unga, beberapa pemimpin ibu kota dunia untuk meninjau peluang pelaburan bagi Zimbabwe dan menarik mereka ke negara itu, lapor agensi berita Zimbabwe New Ziana.
Tahun lepas, beliau bertemu beberapa pemimpin dunia ketika menghadiri Unga dan melakukan pembentangan berkaitan pembaharuan Zimbabwe serta peluanng pelaburan.
Beliau juga dijangka mengambil peluang untuk menarik perhatian dunia kepada usaha mengurangkan kesan sekatan yang dikenakan oleh negara-negara barat ke atas ekonomi. – Bernama, 21 September, 2019.
Komen