Parti BN akan pilih calon untuk Tanjung Piai, kata Zahid


Jason Santos

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu berhubung calon bagi PRK Tanjung Piai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 21 September, 2019.

UMNO akan berbincang dengan komponen dalam Barisan Nasional (BN) berhubung parti mana yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai susulan kematiannya penyandang Dr Md Farid Md Rafik, kata Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami akan berbincang dengan parti lain dalam BN dahulu,” kata presiden Umno kepada pemberita selepas melancarkan Konvensyen Umno Sabah di Bangunan Umno Sabah hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen Tanjung Piai Farid Md Rafik yang juga timbalan menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial meninggal dunia di Hospital Pontian sekitar jam 6 pagi ini dipercayai kerana serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan kekosongan kerusi persekutuan itu tidak lama lagi.

Tanjung Piai pada asalnya milik MCA, tetapi tidak pasti jika Umno atau sekutu barunya PAS akan membuat perubahan itu.

Dalam pilihan raya umum lepas, Farid menewaskan calon MCA Wee Jeck Seng, yang memegang kerusi Parlimen Johor selama dua penggal, dengan majoriti 524 undi.

Pencabar lain bagi kerusi itu, Nordin Othman daripada PAS meraih 2,962 undi.

Gabungan undi calon PAS dan BN akan menyaksikan kekalahan calon Pakatan Harapan.

Parlimen itu mempunyai 53,528 pengundi, 57% daripadanya Melayu, 42% Cina dan selebihnya India.

Pada PRK Cameron Highlands awal tahun ini, komponen BN, MIC terpaksa memberi laluan kepada calon Orang Asli memandangkan kepimpinan BN merasakan calon daripada komuniti itu mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu - yang mana ternyata betul.

Umno dan PAS bekerjasama secara tidak rasmi memberi sokongan kepada calon, menetapkan peringkat kerjasama seterusnya pada PRK Semenyih di Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.

Hujung minggu lalu Umno dan parti Islam menandatangani piagam bekerjasama untuk perpaduan masyarakat Islam.

Zahid hari ini memetik faktor kesihatan menyebabkan bekas ketua perhubungan Umno Sabah Musa Aman tidak hadir di konvensyen itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Musa atas komitmennya kepada Umno.

Musa, yang merupakan Adun Sibuga, satu-satunya kerusi Umno di Dewan Undangan Negeri. – 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen