Rohingya perlu dibenarkan pulang ke Myanmar, kata Kofi Annan


Rakyat Pakistan mengadakan demonstrasi di Karachi membantah tindakan kerajaan Myanmar terhadap Rohingya, yang disifatkan sebagai pembersihan etnik. – Gambar AFP, 14 Oktober, 2017.

BEKAS setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan menggesa Majlis Keselamatan untuk membolehkan ratusan ribu umat Islam Rohingya dapat pulang ke Myanmar susulan kempen kekerasan tentera.

Annan yang mengetuai suruhanjaya penasihat kepada kerajaan Myanmar berkata kuasa dunia perlu bekerjasama dengan tentera dan pemimpin di negara itu bagi mengakhiri krisis pelarian ini.

Majlis Keselamatan juga mempertimbangkan mengambil tindakan, kemudian resolusi membentangkan tuntutan, tetapi diplomat berkata China, penyokong bekas pemerintah junta di Myanmar, dan Rusia membantah langkah itu.

“Saya harap resolusi yang akan dibentangkan dapat membenarkan pelarian kembali dengan maruah dan rasa selamat, kata Annan kepada wartawan selepas mesyuarat tertutup dengan majlis itu.

“Mereka tidak sepatutnya pulang semula ke kem,” katanya.

Lebih 500,000 orang kebanyakannya Rohingya masuk ke Bangladesh sejak Ogos lalu, kerana melarikan diri daripada operasi ketenteraan di Rakhine, di mana PBB menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan etnik. – AFP, 14 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen