28,000 rumah bergelap di Bermuda akibat Humberto


Taufan Humberto menuju ke utara di Atlantik, semalam selepas membadai di Bermuda menyebabkan bekalan elektrik terjejas kepada lebih 28,000 penduduk. – Gambar AFP, 21 September, 2019.

TAUFAN Humberto menuju ke utara di Atlantik, semalam selepas membadai di Bermuda menyebabkan bekalan elektrik terjejas kepada lebih 28,000 penduduk dan menerbangkan banyak bumbung rumah, menurut laporan berita tempatan.

Pihak berkuasa berkata tiada laporan kematian tetapi penduduk digesa tidak keluar rumah susulan bahaya menanti dengan kabel elektrik dan pokok tumbang.

Syarikat pembekal elektrik Bermuda, Belco berkata 28,600 pelanggan terputus bekalan elektrik akibat ribut itu.

Humberto membadai kepulauan kecil British itu dengan taufan dan angin kuat, menyebabkan banyak bumbung terbang.

Pusat Taufan Nasional di Miami mengeluarkan amaran banjir mungkin berlaku di sepanjang pantai Bermuda dan membawa arus bahaya dari Florida ke Utara Carolina.

Setakat 9 pagi waktu tempatan, Humberto dengan kelajuan 400km sejam ke utara Bermuda, masih dalam Kategori 3. – AFP, 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen