MALAYSIA mengharamkan tayangan filem terbaru menampilkan Jennifer Lopez berjudul “Hustlers”, kata pihak berkuasa, mendakwa filem mengisahkan tentang penari bogel itu penuh dengan “kandungan lucah”, dan tidak sesuai ditayangkan.
Filem itu tentang penari bogel New York menukar nasib ahli perniagaan yang kaya ketika krisis kewangan.
Filem berdasarkan kisah benar itu memperincikan tentang sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah, termasuk meletakkan sesuatu dalam minuman lelaki sebelum mengosongkan akaun bank mereka, ketika pasaran saham menjunam hingga menjejaskan perniagaan penari bogel.
Lembaga Penapisan Filem Malaysia mengharamkan filem itu, berkata ia terpaksa memotong banyak adegan seks.
“Filem itu mengandungi terlalu banyak adegan lucah melampau dan tidak sesuai untuk tayangan umum,” kata pengerusi lembaga itu, Mohamad Zamberi Abdul Aziz.
Square Box Pictures, pengedar filem itu di Malaysia, mengesahkan pengharaman itu di Instagram.
Filem itu dilaporkan dijadualkan untuk siaran di pawagam pada Khamis. – AFP, 21 September, 2019.
Komen