Tembakan di Washington, seorang maut dan 5 cedera


Seorang komander polis memaklumkan pemberita di lokasi bahawa mangsa terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki. – Gambar AFP, 20 September, 2019.

SEORANG maut manakala lima lagi cedera dalam satu insiden tembakan pada Khamis malam di utara Washington DC, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Seorang komander polis memaklumkan pemberita di lokasi bahawa mangsa terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki.

Seorang lelaki meninggal dunia manakala mangsa lain yang mengalami kecederaan ringan dan parah dirawat di beberapa hospital di kawasan berhampiran, katanya.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 10 malam (0200 GMT Jumaat) di kejiranan Columbia Heights yang terletak tiga kilometer dari Rumah Putih. – Bernama, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen