China ‘sangat hargai’ Kiribati putuskan hubungan dengan Taiwan


Kiribati jadi negara kedua selepas Solomon memutuskan hubungan dengan Taiwan dalam tempoh kurang seminggu. – Gambar EPA, 20 September, 2019.

CHINA hari ini memuji Kepulaun Kiribati di Pasifik yang memutuskan ikatan dengan Taiwan, negara kedua berbuat demikian dalam tempoh kurang seminggu.

Tindakan berpaling tadah kepada Beijing beberapa minggu selepas sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China berlaku beberapa hari selepas Kepulauan Solomon juga memutuskan ikatan diplomatik dengan pulau autonomi sendiri itu.

Beijing “sangat menghargai keputusan menyambung hubungan diplomatik dengan China,” kata jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang pada sidang media hari ini.

Taiwan menjadi negara bebas selepas tamatnya perang saudara pada 1949, tetapi China masih menganggap pulau itu sebagai wilayahnya yang menunggu untuk disatukan dengan tanah besar.

Dalam sidang media tergempar di Taipei, Menteri Luar Taiwan Joseph Wu berkata Beijing “memujuk Kiribati mengubah ikatan diplomatik” dengan janji pelaburan dan bantuan.

Ditanya jika China menjanjikan pelaburan sekiranya Kiribati memutuskan ikatan dengan Taipei, Geng berkata penduduk Taiwan menggunakan alasan sama berkaitan Solomon untuk “mewujudkan kekeliruan dan mengelirukan fakta”.

“Mereka yang selalu membeli hubungan diplomatik dengan wang mungkin tidak memahami yang prinsip dan kepercayaan tidak boleh dijual beli,” katanya.

Tambahnya, kewujudan hubungan diplomatik pastinya membawa peluang tidak terjangka kepada penduduk Kiribati tetapi ia menunjukkan ia mengikut prinsip Satu China, trend semasa kini.

Taiwan kini hanya mempunyai 15 buah negara yang mengiktirafnya. – AFP, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen