Pasangan Brazil ditahan di Maghribi disyaki seludup kokain 


POLIS Maghribi pada Khamis telah menahan satu pasangan rakyat Brazil kerana disyaki cuba menyeludup kokain melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V di Casablanca, lapor agensi berita China Xinhua.

Pasangan berusia 20 dan 27 tahun itu mendarat di Casablanca dari Sao Paolo, menurut kenyataan polis Maghribi.

Si isteri didapati memiliki sejumlah 210 gram kokain manakala operasi kawalan ultrabunyi mendedahkan kewujudan beberapa kapsul di dalam perut kedua-dua suspek.

Kedua-dua suspek dipindahkan ke Hospital Universiti Ibn Rochd di Casablanca untuk mengesan dadah di dalam tubuh mereka dan mengeluarkan kapsul yang ditelan itu. – Bernama, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen