SEORANG pemandu bas pelancong berusia 38 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Daerah Auckland hari ini atas pertuduhan menggunakan kenderaan bermotor dengan cuai, lapor agensi berita China Xinhua.
Bas yang dipandunya telah terbabas pada 4 September di Lebuhraya Negeri 5 di utara Rotorua menyebabkan lima orang maut iaitu empat dewasa dan seorang kanak-kanak.
Polis berkata bas yang membawa 27 orang itu dalam perjalanan ke Rotorua dan gagal dikawal semasa melalui sebuah selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan terbalik. – Bernama, 20 September, 2019.
Komen