Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi lancar operasi di Yaman 


Operasi yang dilancarkan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi di Yaman mensasarkan fasiliti ketenteraan pemberontak Houthi.– Gambar EPA, 20 September, 2019.

TENTERA bersekutu yang diketuai Arab Saudi telah melancarkan satu operasi ke atas “fasiliti ketenteraan” pemberontak Houthi di utara bahagian wilayah Hudaidah di Yaman, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media pada Jumaat.

Tentera bersekutu turut menggesa orang awam menjauhi sasaran operasi, lapor stesen penyiar Ekhbariya.

Maklumat mengenai operasi itu telah disahkan jurucakap tentera gabungan Kolonel Turki Maliki.

Yaman terjerumus dalam konflik bersenjata antara tentera kerajaan pimpinan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan pemberontak Houthi selama beberapa tahun.

Tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi telah melancarkan serangan udara terhadap puak Houthi atas permintaan Hadi sejak Mac 2015. – Bernama, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen