EMPAT rakyat asing ditahan pada Khamis di pusat bandar Turki kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas IS, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan sumber polis.
Pihak berkuasa merampas sejumlah besar bahan digital dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu semasa menggeledah kediaman suspek, kata sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Seorang suspek telah disahkan sebagai anggota kanan IS yang dikehendaki – digelar sebagai “emir” daerah Tal Afar dan memasuki Turki secara haram.
Lebih 300 terbunuh dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh IS di Turki di mana pertubuhan pengganas itu telah menyasarkan orang awam dalam serangan bom bunuh diri, roket dan senjata api dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Pasukan keselamatan Turki terlibat dalam satu kempen jangka panjang untuk menggagalkan serangan IS. – Bernama, 20 September, 2019.
Komen