Mayat tanpa anggota badan ditemui di Perancis


MAYAT tanpa anggota badan seorang lelaki Itali berusia 44 tahun yang hilang pada 9 Julai ditemui berbalut dalam kain tarpal di sebuah bandar kecil di tenggara Perancis, kata pihak berkuasa.

Mayat itu ditemui oleh seorang pemburu di Charette selepas lelaki itu hilang di bandar bersebelahan.

“Analisis lanjut masih perlu dilakukan untuk mengetahui tentang apa yang berlaku dan punca kematian,” kata Timbalan Pendakwa Raya Eric Vaillant dalam satu kenyataan.

Akhbar tempatan Le Dauphine Libere memetik sumber siasatan sebagai berkata kejadian itu mungkin ada kaitan dengan maffia.

Sumber berkata loket yang sama dipakai oleh mangsa ditemui pada mayat berkenaan.

Siasatan kes bunuh dilancarkan. – AFP, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen