Doktor Zimbabwe yang ‘diculik’ ditemui selamat


Ratusan kakitangan perubatan mengadakan protes minggu ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kehilangan ketua persatuan doktor Zimbabwe, Peter Magombeyi. – Gambar EPA, 20 September, 2019.

SEORANG ketua persatuan doktor Zimbabwe yang disyaki diculik hingga mencetuskan protes oleh kakitangan perubatan di Harare, ditemui masih hidup, kata pemantau badan hak asasi manusia (HRW).

Peter Magombeyi hilang sejak malam Sabtu, di mana Persatuan Doktor Hospital Zimbabwe (ZHDA) berkata beliau dilarikan kerana berperanan dalam menganjurkan mogok mendesak gaji dan keadaan kerja lebih baik.

Pengarah HRW selatan Afrika Dewa Mavhinga berkata Magombeyi mungkin berhubung dengan telefon, dan beliau masih hidup, menambah sepasukan peguam dan doktor dalam perjalanan mengambilnya di Nyabira, 30km di utara ibu kota itu.

Allan Domingo dari ZHDA berkata Magombeyi menghubungi dan dalam keadaan ketakutan dan suaranya seperti kebingungan.

Presiden persatuan itu Masimba Ndoro berkata Magombeyi disoal siasat oleh polis.

Ratusan kakitangan perubatan mengadakan protes minggu ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kehilangan itu.

Penunjuk perasaan melaungkan “Tiada Peter, tiada kerja”.

Jurucakap kerajaan Nick Mangwana awal minggu ini berkata pentadbiran itu tidak ada sebab untuk menculik rakyat.

Gaji doktor di Zimbabwe ialah AS$200 sebulan. – AFP, 20 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen