INDONESIA bersiap sedia untuk mengundi bagi rang undang-undang mengharamkan gay dan seks sebelum nikah sementara mengukuhkan undang-undang murtad, di mana tindakan itu dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia.
Undang-undang jenayah yang dicadangkan itu akan memberi kesan kepada jutaan rakyat di negara majoriti Islam terbesar dunia itu.
Ia termasuk hukuman penjara atas kesalahan jenayah bagi pasangan heteroseksual kerana melakukan hubungan seks sebelum bernikah, atau menjalankan hubungan sulit.
Hukuman juga mungkin dikenakan kepada masyarakat LGBT susulan perkahwinan gay diharamkan di Indonesia. – AFP, 20 September, 2019.
Komen