6 ditahan seludup rokok RM5.1 juta 


POLIS berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup selepas enam lelaki termasuk tiga warga Myanmar ditahan dalam serbuan di Puchong, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kesemua suspek berusia antara 24 hingga 52 ditahan bersama 21,800 dan 11,130 karton masing-masing rokok putih dan keretek pelbagai jenama.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah lori jenis Hino seberat lima tan dan dua kereta iaitu Toyota Vios serta Nissan Sentra sebagai bahan bukti siasatan, dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan RM5,142,888.

“Siasatan mendapati sindiket ini aktif di sekitar Lembah Klang dan seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selama tujuh hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan. – Bernama, 19 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen