JURUTERBANG jet pejuang F-16 tentera udara Belgium berjaya melenting keluar dari pesawat berkenaan namun tersangkut di talian elektrik selepas terbabit dalam nahas udara di Perancis.
Nahas itu berlaku di wilayah Morbihan di barat Perancis.
“Juruterbang dan pembantunya berjaya melenting keluar daripada jet sebelum ia terhempas. Kedua-dua mereka bagaimanapun selamat,” kata tentera udara itu dalam satu kenyataan.
Menurutnya, salah seorang daripada juruterbang itu telah diselamatkan manakala operasi menyelamatkan seorang lagi juruterbang sedang dilakukan oleh tentera dan pekerja talian elektrik berkuasa tinggi itu.
Pesawat terbabit berlepas dari Belgium dan menuju ke pangkalan udara Perancis berhampiran pekan Lorient.
Kementerian Pertahanan Belgium mengesahkan insiden itu dan berkata kedua-dua juruterbang berjaya melenting, tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP, 19 September, 2019.
Komen