POLIS Korea Selatan mengenal pasti suspek kes pembunuhan bersiri paling kejam selepas 30 tahun.
Antara 1986 dan 1991, sejumlah pegawai polis dikerahkan untuk satu kes bagi mengesan pelaku yang merogol dan membunuh wanita di kawasan pedalaman Hwaseong, selatan Seoul.
Mereka menjalankan siasatan ke atas lebih 21,000 individu dan membandingkan kira-kira 20,000 cap jari tanpa menemui jawapan, dan kes berkenaan turut memberi inspirasi kepada penerbit filem Bong Joon-ho untuk menerbitkan filem “Memories of Murder” pada 2003.
Namun, dengan menggunakan teknik forensik terkini untuk mendapatan DNA daripada jenayah lampau berjaya mengenal pasti Lee Chun-jae, 56 sebagai suspek dalam sekurang-kurangnya tiga pembunuhan, kata Agensi Polis Wilayah Gyeonggi Nambu, Ban Gi-soo.
Sampel yang dikumpul daripada bukti termasuk daripada pakaian dalam mangsa sepadan dengan Lee, kata polis.
Suspek kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh kakak iparnya pada 1994, namun menafikan penglibatannya dalam pembunuhan di Hwaseong dan had statut sudah luput, bermakna dia tidak akan didakwa, tambah polis.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan juga masyarakat di Korea kerana gagal menyelesaikan kes ini sejak sekian lama,” kata Ban kepada pemberita.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kebenaran.”
Mangsa pembunuhan Hwaseong adalah dalam kalangan wanita dan remaja. – AFP, 19 September, 2019.
Komen