Letupan bom di Kabul ragut 3 nyawa


Letupan itu telah menyebabkan kerosakan di Hospital Wilayah Zabul yang terletak berhampiran pejabat serantau NDS. – Gambar AFP, 19 September, 2019.

LETUPAN bom kereta yang berlaku pada Khamis di sebuah pejabat agensi perisikan Direktorat Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (NDS) di selatan bandar Qalat-e Gilzay telah meragut tiga nyawa dan mencederakan 45 yang lain, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik sumber tempatan.

Terdahulu, seorang koresponden Sputnik melaporkan bahawa letupan itu telah menyebabkan kerosakan di Hospital Wilayah Zabul yang terletak berhampiran pejabat serantau NDS.

Timbalan Gabenor Zabul Malim Tawab berkata mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital swasta dan boleh dipindahkan ke bandar Kandahar, jika perlu. – Bernama, 19 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen