Polis Athens gempur setinggan pendatang


230 orang termasuk 70 kanak-kanak dipindahkan dan dibawa ke balai polis untuk pengenalan identiti, lapor radio Athens.– Gambar AFP, 19 September, 2019.

POLIS Athens hari ini memindahkan lebih 200 pendatang termasuk berpuluh kanak-kanak daripada dua penempatan setinggan di tengah bandar itu dalam usaha pembersihan dilakukan kerajaan konservatif baharu.

230 orang termasuk 70 kanak-kanak dipindahkan dan dibawa ke balai polis untuk pengenalan identiti, lapor radio Athens.

Polis enggan memberikan butiran lanjut.

Stesyen TV ERT menunjukkan pendatang memasuki bas, sebahagian membawa karung plastik mengandungi barangan mereka.

Operasi itu ditentang kumpulan hak asasi dan pembangkang yang berkata ia mensasarkan keluarga pendatang yang berisiko menjadi gelendangan.

Ribuan pembantah berarak di Athens pada Sabtu untuk menentang operasi setinggan itu.

Perdana Menteri baharu Kyriakos Mitsotakis yang dipilih pada Julai berikrar memerangi “kekacauan”. Datuk Bandar Athens yang baharu, Kostas Bakoyannis- yang juga anak saudara perdana menteri- juga berjanji perkara sama pada Jun.

Bakoannis berhujah ketenteraman awam perlu dikembalikan sebelum mercu utama negara itu seperti Muzium Arkeologi Nasional dan Athens Polytechnic- terletak dalam sarang dadah- boleh menarik pelancong. – AFP, 19 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen