Netanyahu ajak pencabar bentuk kerajaan campuran Israel


Benjamin Netanyahu (kiri) mengajak Benny Gantz membentuk kerajaan campuran di Israel. – Gambar AFP, 19 September, 2019.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengajak pencabar utamanya, Benny Gantz untuk membentuk kerajaan campuran apabila keputusan pilihan raya menunjukkan kedua-dua pihak tidak meraih majoriti undi.

Netanyahu dalam rakam videonya berkata, beliau sebenarnya mahu membentuk kerajaan dengan pihak haluan kanan, tetapi keputusan pilihan raya tidak membolehkannya bertindak begitu.

Tawaran itu adalah perkembangan penting selepas pilihan raya Israel pada Selasa menyebabkan kedudukan Netanyahu sebagai perdana menteri paling lama berkuasa tergugat.

“Pada pilihan raya, saya menggesa pembentukan kerajaan haluan kanan,” katanya.

“Tetapi malangnya keputusan pilihan raya membuktikan ia mustahil berlaku.”

Beliau mengajak Gantz membentuk “kerajaan campuran bersama hari ini”.

Gantz masih belum memberikan reaksi, tetapi beliau sebelum ini berulang kali mengajak pembentukan kerajaan campuran.

Tidak dapat dipastikan sekiranya beliau akan menerima tawaran Netanyahu, yang mungkin berdepan pertuduhan korupsi dalam tempoh beberapa minggu lagi terus kekal sebagai perdana menteri.– AFP, 19 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen