KEMENTERIAN Kebudayaan pada Khamis berkata ia membuka tiga perpustakaan tambahan kepada pelajar Vietnam sebagai projek bantuan pembangunan rasmi (ODA), menjadikan jumlah perpustakaan sedemikian kepada 14 buah di negara Asia Tenggara itu, lapor agensi berita Yonhap.
Perpustakaan itu dibina di tiga sekolah menengah tahun ini di timur laut Wilayah Nam Dinh di bawah Projek Perpustakaan Kecil yang memanfaatkan kira-kira 1,000 pelajar di sana, kata kementerian berkenaan.
Kementerian kebudayaan turut menyumbang sejumlah 6,000 buku kepada perpustakaan itu.
Terdahulu, Korea Selatan membina empat perpustakaan di Hanoi, empat di Wilayah Vinh Phuc dan tiga di Wilayah Phu Tho.
Kementerian itu mewujudkan sejumlah 129 Perpustakaan Kecil di 13 negara Asia dan Afrika sejak 2007.
Pada tahun ini, tiga perpustakaan sedemikian turut dibina di Mongolia.
Kementerian itu juga merancang membuka tiga perpustakaan di Dar es Salaam, Tanzania. – Bernama, 19 September, 2019.
Komen