KETUA kakitangan Najib Razak, Abdul Aziz Kassim mengarahkan supaya dokumen, termasuk yang berkaitan dengan 1MDB, dimusnahkan sebelum pilihan raya umum tahun lepas, kata saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan yang arahan diberikan kepada semua pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum pilihan raya 9 Mei.
“Menjelang pilihan raya, ketua kakitangan mengarahkan kami memusnahkan beberapa dokumen, memfailkan dan menyimpan mana yang sangat penting, supaya selepas pilihan raya, ia boleh digunakan lagi,” kata Amhari semasa soal balas pada perbicaraan 1MDB hari ini.
Najib sedang dibicarakan di atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Amhari memberitahu mahkamah beliau “sangat, sangat sibuk” membantu Najib dengan kempen media sosialnya dan “terlepas pandang” untuk memusnahkan dokumen.
Saksi memberi keterangan pada masa sama dengan arahan Aziz, beliau menerima arahan yang sama daripada Low Taek Jho, individu utama dalam skandal 1MDB.
Amhari berkata beliau menyimpan dokumen di kediamannya di Kota Damansara dan pangsapuri sepupunya di Persiaran Tropicana, kedua-duanya beralamat di Petaling Jaya. – 19 September, 2019.
Berita penuh di sini
Komen