Jerebu diramal berkurangan minggu depan, kata Jabatan Meteorologi


Noel Achariam

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, jerebu akan bertambah baik di Semenanjung menjelang Ahad atau selewat-lewatnya Isnin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2019.

RAKYAT Malaysia mungkin memperoleh kelegaan sementara daripada kualiti udara tidak sihat awal minggu depan apabila keadaan dijangka bertambah baik disebabkan berlakunya perubahan angin, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata jerebu akan bertambah baik di Semenanjung menjelang Ahad atau selewat-lewatnya Isnin.

“Bagi Sarawak pula, jerebu akan bertambah baik satu hari lebih awal sama ada Sabtu atau Ahad kerana angin akan berubah.

“Ini adalah kelegaan sementara selama empat hingga lima hari tetapi jerebu mungkin kembali jika angin bertiup dari barat daya lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Angin timur laut masih tidak stabil. Sekali ia stabil, maka hingga ke bulan Oktober ia bersih sepenuhnya.

“Pembakaran masih berlaku dan angin masih tidak stabil walaupun ia bertiup dari timur laut. Ia boleh berubah sementara dan jerebu boleh kembali tetapi tidak begitu teruk.”

Beliau juga berkata MetMalaysia sedang menjalankan pembenihan awan hari ini di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. – 19 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen