RIBUT tropika Imelda mendarat di sepanjang bahagian tenggara pantai Texas, Amerika Syarikat pada Selasa tengah hari, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pusat Hurikan Kebangsaan AS (NHC).
Ribut tropika itu melakukan pendaratan berhampiran Freeport, kira-kira 100km di selatan pusat bandar Houston. Tiada laporan mengenai kerosakan dan kecederaan yang berlaku.
Ribut itu terbentuk pada waktu tengah hari, kira-kira 15 batu (24 km) di selatan Freeport di Teluk Mexico.
Menurut nasihat khas yang dikeluarkan NHC, ancaman utama ribut itu ialah hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir kilat di sepanjang Upper Texas Coast, termasuk kawasan di Houston dan Galveston. – Bernama, 18 September, 2019.
Komen