Taufan Humberto kini di Kategori 3


Taufan Humberto kini semakin kuat dan berada pada Kategori 3 semalam dan dijangka melalui kawasan berhampiran Bermuda. – Gambar EPA, 18 September, 2019.

TAUFAN Humberto kini semakin kuat dan berada pada Kategori 3 semalam dan dijangka melalui kawasan berhampiran Bermuda, diramalkan membawa bersamanya ombak berbahaya dan hujan lebat, kata Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat.

“Keadaan taufan diangka tiba di Bermuda pada malam ini dan berterusan hingga awal pagi Khamis,” kata pusat yang berpangkalan di Miami itu.

“Kekuatan taufan mungkin turun naik pada keesokan harinya tetapi Humberto dijangka kekal membawa taufan kuat sepanjang hari esok,” katanya.

Setakat jam 8 malam waktu tempatan, ribut melanda dengan angin berkelajuan 185km sejam dan bergerak ke bahagian timur laut. – AFP, 18 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen