Pemimpin pembangkang Venezuela bebas dari penjara


Naib presiden Perhimpunan Kebangsaan Edgar Zambrano ditahan di penjara tentera kerana menyokong rancangan rampasan kuasa pada 30 April lalu. – Gambar AFP, 18 September, 2019.

PEMIMPIN pembangkang Venezuela, Edgar Zambrano yang dipenjarakan sejak Mei selepas rancangan rampasan kuasa yang gagal telah dibebaskan, kata Peguam Negara Tarek William Saab semalam.

Naib presiden Perhimpunan Kebangsaan itu ditahan di penjara tentera kerana menyokong rancangan rampasan kuasa pada 30 April lalu yang dianjurkan oleh ketua pembangkang, Juan Guaido.

“Kerajaan mengeluarkan petisyen kepada Mahkamah Agung supaya membebaskan Zambrano susulan beberapa persetujuan dicapai antara kerajaan Venezuela dan pembangkang,” kata Saab menerusi satu kenyataan.

Ahli Parlimen pembangkang, Timoteo Zambrano di Twitter berkata pembebasan Zambrano itu “proses permulaan pembebasan tahanan politik”.

Mahkamah Agung pada Mei menjatuhkan hukuman penjara ke atas Zambrano atas jenayah belot, konspirasi dan pemberontakan awam. – AFP, 18 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen