Bicara 1MDB: Bekas penolong Najib nafi cuba lindungi Jho Low


Bede Hong Noel Achariam

Amhari Efendi Nazaruddin mahkamah tindakannya terbatas kerana beliau seorang pegawai junior dan mempunyai akses terhad kepada perdana menteri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 September, 2019.

BEKAS pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendy Nazaruddin hari ini menafikan pada perbicaraan 1MDB bahawa beliau cuba melindungi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang mendakwa dirinya sebagai penasihat diraja sedekad yang lalu.

Amhari sebelum ini memberi keterangan dalam kenyataan saksinya bahawa Low membuat dakwaan itu sebelum menemui Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur pada akhir 2008.

Istana Terengganu menafikan dakwaannya setahun kemudian.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Amhari menafikan tuduhan ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah yang saksi gagal memaklumkan pihak atasannya ketika itu berhubung kesalahan Low. Saksi juga menafikan beliau gagal berbuat demikian kerana “rapat” dengan Jho Low.

Amhari memberitahu mahkamah bahawa tindakannya terbatas kerana beliau seorang pegawai junior dan mempunyai akses terhad kepada perdana menteri.

Amhari menambah hanya dapat berinteraksi secara langsung dengan Najib enam bulan selepas bekerja dengannya.

Najib sedang dibicarakan berhubung empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram. – 18 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen