SEBANYAK 538 sekolah di Selangor ditutup hari ini berikutan bacaan kualiti udara yang buruk di beberapa bahagian utama negeri itu, kata Jabatan Pendidikan Selangor
Dalam satu kenyataan pagi ini, jabatan itu berkata 10 daerah di Selangor mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) lebih 200.
“Bacaan udara di Selangor, terutamanya di Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Langat dan Kuala Selangor semuanya telah mencapai tahap tidak sihat dari tengah malam hingga 6 pagi ini.
“Sebagaimana arahan daripada kementerian untuk menutup semua sekolah jika IPU melebihi 200, jabatan mengarahkan 538 sekolah di negeri ini ditutup sehingga kualiti udara bertambah baik,” kata jabatan itu di halaman Facebook rasminya.
Pada jam 10 pagi, kualiti udara di Lembah Klang tidak bertambah baik.
Putrajaya, Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, dan Johan Setia masih berada di bawah kategori bacaan tidak sihat antara 203 dan 261.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat); 300 dan ke atas (berbahaya). – 18 September, 2019.
MENYUSUL
Komen