PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib Razak masuk hari kesembilan hari ini dengan bekas pegawai khas Amhari Efendi Nazaruddin, kembali memberi keterangan.
Ketua peguambela Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam beliau dijangka akan memuktamadkan soal balasnya terhadap saksi hari ini.
Semalam, Amhari berkara tidak menyedari mengenai cadangan pasukan peguambela yang Low Taek Jho terlibat dalam pembentukan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB.
Saksi itu juga tidak mengetahui senarai pemegang amanah bagi yayasan TIA yang didakwa dicadangkan oleh Low, yang termasuk nama seperti penyanyi Irlandia Bono dan Permaisuri Jordan Rania.
Amhari juga berkata beliau tidak menyedari satu lagi cadangan pihak pertahanan yang Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, pihak di belakang pembentukan TIA dan bukannya Najib.
TIA dibentuk dengan RM10 bilion termasuk jaminan bon dan bantuan bon RM5 bilion dari hasil minyak Terengganu yang bernilai RM1.5 bilion setahun.
Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan menerima suapan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Pemimpin berusia 66 tahun itu diwakili sekumpulan peguam bela diketuai Shafee.
Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mengetuai pasukan pendakwaan. Hakim Collin Lawrence Sequerah mendengar kes.
The Malaysian Insight membawakan siaran langsung prosiding hari ini:
5.29pm: Hakim Sequerah meminta Amhari membawa semua dokumen yang diminta oleh Shafee.
Mahkamah ditangguhkan, akan bersambung pukul 9.30 pagi esok.
5.18pm: Amhari memberitahu mahkamah, dia tidak tahu kerana pegawai Maybank tidak maklumkan kepadnaya mengenai sebarang percanggahan.
Menurutnya, sekiranya terdapat sebarang isu, pegawai Maybank akan beritahunya.
Amhari berkata, tiada yang persoalkan berhubung transaksi dolar AS, jadi dia fikir tiada isu.
Shafee meletakkan kepada Amhari bahawa AS$200,000 bukan pinjaman, tetapi hadiah daripada Jho Low.
Amhari tidak setuju.
5.03pm: Shafee bertanya Amhari sama ada dia tahu bahawa menerima matawang asing adalah satu kesalahan.
Amhari berkata, dia tidak tahu ia satu kesalahan.
4.38pm: Shafee bertanya sama ada AS$200,000 dipindahkan ke akaun Maybanknya adalah daripada Jho Low.
Amhari berkata ia adalah pinjaman untuk membeli rumah.
Shafee bertanya sama ada dana itu dipindahkan dalam bentuk dolar AS atau ringgit.
Amhari berkata, beliau fikir ia dalam dolar.
Shafee bertanya sama ada Amhari tahu dia perlu mendapatkan kebenaran untuk menerima matawang asing.
Amhari berkata dia tidak tahu.
Shafee bertanya Amhari mengapa dia tidak tahu sedangkan dia bekerja dengan Bank Negara.
Amhari berkata Bank Negara adalah besar dan beliau sendiri tidak tahu tentang peraturan transaksi kerana bekerja di bahagian lain.
4.31pm: Perbicaraan bersambung.
3.59pm: Mahkamah berhenti rehat 15 minit.
3.51pm: Shafee bertanya Amhari sama ada dapur itu pejabat Jho Low kerana terdapat pencetak, papan putih dan peralatan pejabat lain.
Amhari berkata tidak tahu. Katanya, ia kelihatan seperti kerja boleh dilakukan di sana.
Shafee kemudian bertanya jika ada pejabat dalam pangsapuri itu.
Amhari berkata terdapat satu bilik seperti pejabat dan dua bilik tidur.
Shafee kemudian bertanya kepadanya jika ia digunakan sebagai pejabat.
Amhari berkata tidak tahu.
Shafee berkata kebanyakan orang yang menghadiri mesyuarat berkata ia digunakan sebagai rumah selamat dan Amhari bukan ke sana dua kali tetapi selalu.
Amhari tidak bersetuju.
3.13pm: Shafee memperlihatkan kepada mahkamah 11 gambar pelbagai acara dan meminta Amhari melihat sekiranya beliau ingat apa yang terjadi.
Shafee bertanya dalam semua gambar, adakah terdapat gambar dapur (pangsapuri Kia Peng).
Amhari berkata ada dua gambar.
Shafee bertanya sama ada ia papan putih biasa atau sebaliknya.
Amhari mengatakan ia bukan sesuatu yang biasa kerana apa yang ditulis di atasnya boleh dicetak.
2.50pm: Shafee bertanya Ahmari mengenai mesyuarat di Jalan Kia Peng.
Amhari berkata Low meminta beliau datang untuk mesyuarat kerana mahu berkongsi dengan Amhari mengenai TIA.
Beliau berkata Low memberinya taklimat di papan putih di bahagian dapur.
Shafee bertanya berapa kali Amhari pergi ke rumah.
Amhari berkata dua kali.
2.17pm: Shafee bertanya Amhari mengenai pertemuannya dengan Low di sebuah rumah di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Beliau bertanya Amhari alasan pertemuan dengan Low.
Shafee juga bertanya Amhari jika beliau bertemu Low sebelum menjadi pembantu kepada Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
Amhari berkata soalan itu tidak relevan dan tidak dapat luar daripada konteksnya.
“Saya tidak pasti jika saya menghadiri mesyuarat itu selepas atau sebelum menjadi pembantunya,” kata Amhari.
2.08pm: Mahkamah bersidang.
11.30am: Mahkamah akan disambung semula jam 2 petang.
11.27am: Shafee mengatakan Low mempunyai pengaruh terhadap TIA dan 1MDB.
Amhari mengakuinya.
Shafee berkata Kementerian Kewangan mengesahkan nama itu ditukar kepada 1MDB pada September 2009.
11.08am: Shafee bertanya Amhari siapa yang memberikan nama 1MDB yang dilihat pada dokumen.
Amhari berkata tidak tahu dan program jenama 1Malaysia popular pada masa itu.
Shafee bertanya sama ada nama itu datang dari Pejabat Perdana Menteri di mana beliau bertugas.
Amhari berkata tidak tahu.
Shafee bertanya sama ada ia daripada bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Amhari berkata tidak tahu.
10.46am: Shafee bertanya Amhari jika beliau memberitahu ketua kakitangan Najib, Ab Aziz Rahim mengenai pertemuan itu.
Amhari berkata ya.
Shafee mencadangkan kepada Amhari beliau tidak menulisnya kerana mahu melindungi Low.
Amhari berkata tidak.
Shafee kemudian mencadangkan semua orang gembira berada di syarikat Low.
10.40am: Shafee bertanya Amhari jika beliau menghantar memo kepada Najib mengenai perkara itu.
Amhari berkata tidak.
10.37am: Shafee bertanya Amhari jika beliau anggap perkara itu sebagai hal yang serius.
Amhari berkata ya.
Beliau berkata terpaksa melalui banyak saluran (untuk mendapatkan akses kepada Najib).
10.09am: Shafee bertanya kenapa Amhari tidak membangkitkan perkara itu kepada Najib.
Amhari berkata sukar mendapat akses kepada bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata sebagai pegawai baru, beliau tidak mempunyai akses itu, sambil menambah hanya mempunyai akses kepada Najib selepas bekerja selama enam bulan.
9.58am: Shafee bertanya kepada Amhari sama ada beliau meragui mengenai dakwaan Low yang beliau penasihat kepada Sultan Mizan berhubung dengan TIA.
Amhari berkata beliau mempunyai keraguan mengenainya.
9.50am: Amhari mengambil tempat di kandang saksi untuk memberi keterangan.
9.40am: Mahkamah bersidang. – 18 September, 2019.
Komen