Netanyahu tunggu keputusan pilihan raya


Benjamin Netanyahu berkata sedang menunggu keputusan dalam pilihan raya umum negara itu, tetapi beliau bersedia untuk rundingan membina kerajaan Zionis yang kuat. – Gambar EPA, 18 September, 2019.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau sedang menunggu keputusan dalam pilihan raya umum negara itu, tetapi beliau bersedia untuk rundingan membina “kerajaan Zionis yang kuat”.

“Dalam tempoh beberapa akan datang, kami akan berunding untuk menubuhkan kerajaan Zionis yang kuat dan mengelak kerajaan anti Zionis yang berbahaya,” katanya kepada wartana.

Beliau berkata demikian ketika undi keluar dari pengundian Selasa menunjukkan persaingan antara orang kanannya Likud dan bekas panglima tentera Benny Gantz dari persekutuan Biru dan Putih.

Dengan suasa serak dan tampil tidak kemas selepas beberapa hari berkempen, Netanyahu nampaknya memberi isyarat tentang keterbukaan membentuk negara perpaduan, tetapi tidak bercakap tentang perkara itu.

Anti Zionis merujuk kepada parti-parti Arab Israel, dengan undi keluar menunjukkan mereka menjadi kuasa ketika terbesar di Parlimen. – AFP, 18 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen