NEW YORK menjadi daerah kedua di Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan rokok elektronik (e-rokok) berperisa susulan beberapa kematian dikaitkan dengan produk itu.
Majlis kesihatan meluluskan undang-undang kecemasan dibawa oleh Gabenor Andrew Cuomo mengharamkan produk vape berperisa ketika penyakit paru-paru yang teruk semakin meningkat dan menyebabkan tujuh maut dan ratusan yang lain sakit.
Pengharaman itu dikuatkuasakan serta-merta. Michigan negeri pertama mengharamkan produk itu awal bulan ini, tetapi undang-undang masih belum dikuatkuasakan.
“Pada masa ini syarikat vape sengaja menggunakan perisa seperti bubblegum, Captain Crunch dan gula kapas untuk menarik golongan muda. Ia isu kesihatan awam,” kata Cuomo.
Pentadbiran Trump minggu lalu mengumumkan akan mengharamkan produk e-rokok berperisa untuk mengelak tarikan golongan belia. – AFP, 18 September, 2019.
Komen