EMPAT maut selepas sebuah bot membawa berpuluh-puluh pelancong terbalik ketika hujan lebat di Senegal, kata pihak berkuasa.
Jumlah itu mungkin meningkat susulan tiga penumpang dikatakan masih hilang akibat insiden itu.
Bot itu membawa beberapa penumpang warga Senegal, empat Perancis, dua Jerman, dua Sweden dan seorang dari Guinea-Bissau, ketika ia terbalik dalam hujan lebat dan ombak kuat, kata jurucakap bomba Papa Angel Michel Diatta.
Semua yang maut ialah warga Senegal, kata pihak berkuasa. Dua pekerja di taman negara, seorang wanita dan seorang lagi kanak-kanak.
Bot itu menuju ke kepulauan Madeleine, satu tapak taman negara di pesisiran pantai yang popular dalam kalangan pelancong dari Dakar, ibu kota negara Afrika Barat. – AFP, 18 September, 2019.
Komen