10 cedera pesawat terhempas di Brazil


Pesawat Cessna enjin tunggal itu terhempas di sebuah kawasan hutan yang sukar diakses sejurus selepas berlepas dari Manaus, ibu kota negeri Amazonas di utara Brazil. – Gambar EPA, 17 September, 2019.

SEPULUH orang cedera dalam satu insiden pesawat terhempas di wilayah hutan hujan Amazon di Brazil, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Pesawat Cessna enjin tunggal itu terhempas di sebuah kawasan hutan yang sukar diakses sejurus selepas berlepas dari Manaus, ibu kota negeri Amazonas di utara Brazil.

Helikopter milik Tentera Udara Brazil membawa anggota jabatan bomba bagi mengesan lokasi pesawat terhempas itu dan menyelamatkan mangsa yang cedera.

Kesemua yang berada dalam pesawat kecil itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital berhampiran.

Para penumpang pesawat itu dilaporkan adalah pekerja-pekerja dari negeri Amazonas.

Selepas insiden itu, lapangan terbang Manaus telah ditutup lebih sejam dan beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan, menurut syarikat infrastruktur lapangan terbang Infraero. – Bernama, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen