PBB gesa Bangladesh siasat pembunuhan Rohingya


Sekurang-kurangnya 33 dibunuh pasukan keselamatan Bangladesh dalam kejadian tembak menembak dan tujuh lagi terbunuh dalam pergaduhan sesama pelarian Rohingya. – Gambar EPA, 17 September, 2019.

PAKAR hak asasi manusia PBB membangkitkan kebimbangan tentang layanan terhadap pelarian Rohingya di Bangladesh selepas serangan balas terhadap pembunuhan seorang parti pemerintah.

Pakar menyifatkannya sebagai siasatan “seberat sebelah” terhadap kematian apabila sekurang-kurangnya enam lelaki Rohingya ditembak mati oleh polis selepas dinamakan sebagai suspek pembunuhan Omar Faruk, pegawai sayap pemuda parti pemerintah, Awami.

Selepas pembunuhan itu, penduduk tempatan merosakkan kedai milik pelarian dan mengadakan protes di beberapa buah kem pelarian yang menempatkan lebih daripada 900,000 Muslim Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam di Geneva, enam utusan khas hak asasi manusia PBB menyokong siasatan Bangladesh ke atas pembunuhan Faruk.

Tetapi, mereka menambah, perlu untuk siasatan menjunjung konsep tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan keadilan di luar mahkamah tidak boleh dilakukan negara tuan rumah kepada pelarian.

“Kami menggesa kerajaan Bangladesh untuk menjalankan siasatan bebas, tidak berat sebelah dan berkesan ke atas semua kematian yang berlaku dalam kes ini,” katanya.

Inspektor polis Ali Arshad memberitahu AFP yang sekurang-kurangnya 40 orang Rohingya dibunuh di Bangladesh sejak Julai tahun lepas. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 33 dibunuh pasukan keselamatan Bangladesh dalam kejadian tembak menembak dan tujuh lagi terbunuh dalam pergaduhan sesama pelarian Rohingya.

Kumpulan hak menuduh polis Bangladesh memalsukan kejadian tembakan untuk melindungi pembunuhan dalam tahanan pelarian Rohingya, yang menjadi suspek penyeludupan dadah.

Pakar PBB juga meluahkan “kebimbangan mendalam” tentang “sekatan terlalu ketat baharu” dan halangan komunikasi dalam kem pelarian selain sekatan sepenuhnya internet.

Ia dilakukan susulan kegagalan mengembalikan semula pelarian ke Myanmar dan disebabkan protes pada 25 Ogos lalu sempena sambutan dua tahun Rohingya melarikan diri ke negara jiran. – AFP, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen