Iran tolak rundingan dengan AS


Semua pegawai Republik Islam Iran sebulat suara percaya tiada sebarang rundingan dengan AS, kata pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei semalam. – Gambar EPA, 17 September, 2019.

PEMIMPIN tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei semalam menolak untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS), ketika ketegangan semakin memuncak selepas Washington menuduh Tehran dalang serangan ke atas loji minyak Arab Saudi.

“Polisi ‘tekanan maksimum’ terhadap Iran adalah sia-sia dan semua pegawai Republik Islam Iran sebulat suara percaya tiada sebarang rundingan dengan AS,” Khamenei dipetik berkata di laman web rasminya.

White House pada Ahad berkata Presiden AS Donald Trump mungkin boleh mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Hassan Rouhani pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, minggu depan.

Hubungan Tehran dan Washington tegang sejak Mei tahun lepas selepas Trump menarik diri dari perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan sekatan terhadap Iran. – AFP, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen