SEKURANG-KURANGNYA 24 orang terbunuh dan 32 orang cedera selepas letupan bunuh diri berlaku di ketika perhimpunan kempen yang diadakan oleh Presiden Afghanistan Ashraf Ghani di wilayah Parwan hari ini.
“Jumlah kematian itu termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata Pengarah Hospital Parwan Dr Abdul Qasim Sangin kepada AFP.
Jurucakap kementerian Nasrat Rahimi berkata pengebom itu meunggang motosikal dan telah melakukan letupan bunuh diri di tempat pemeriksaan pertama untuk ke perhimpunan berkenaan.
Ghani bagaimanapun dilaporkan tidak cedera.
Ia letupan kedua yang berlaku di Kabul di mana yang terbaru berlaku di ibu kota Afghanistan. – AFP, 17 September, 2019.
Komen