BEKAS kontraktor perisikan Edward Snowden pada Selasa berkata beliau ingin kembali ke Amerika Syarikat (AS) jika kerajaan dapat menjamin satu perbicaraan yang adil terhadapnya, lapor agensi berita Turki Anadolu.
“Saya ingin kembali ke AS, itu adalah matlamat utama,” kata bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara dan pemberi maklumat itu kepada CBS.
“Jika saya terpaksa menghabiskan sisa hidup saya dalam penjara, saya hanya ingin menuntut satu perbicaraan yang adil tetapi kerajaan Amerika tidak dapat memberikan jaminan kerana ia tidak mahu membenarkan saya memperoleh manfaat daripada pembelaan atas kepentingan awam,” katanya.
Bukunya, Permanent Record, akan diterbitkan pada Selasa.
Snowden, yang membocorkan beribu-ribu dokumen yang memperincikan program pengawasan jangka panjang oleh kerajaan AS, telah diberikan suaka politik oleh Rusia pada 2013 selepas beliau didakwa melakukan pengintipan.
Permit kediamannya di Rusia telah dilanjutkan sehingga 2020. – Bernama, 17 September, 2019.
Komen