Nahas babitkan skuter elektrik di Korea Selatan meningkat


Peningkatan mendadak nahas melibatkan papan selaju elektrik, skuter elektrik dan pengangkut peribadi adalah disebabkan oleh pengembangan pasaran peranti mobiliti peribadi Korea Selatan. – Gambar EPA, 17 September, 2019.

JUMLAH nahas yang membabitkan papan selaju elektrik, skuter elektrik dan pengangkut peribadi lain di Korea Selatan telah meningkat sekali ganda tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan seorang penggubal undang-undang pada Selasa.

Terdapat sejumlah 225 nahas dicatat pada 2018, yang menyaksikan empat orang maut manakala 238 lagi cedera berbanding 117 kes bagi tahun sebelumnya dengan empat kematian dan 124 orang mengalami kecederaan, kata Song Seog Jun yang merupakan anggota parti pembangkang utama iaitu Liberal Korea merujuk data Pihak Berkuasa Keselamatan Pengangkutan.

“Peningkatan mendadak nahas itu adalah disebabkan oleh pengembangan pasaran peranti mobiliti peribadi negara.

“Jumlah pengangkut peribadi dijangka melonjak dari kira-kira 70,000 pada 2017 kepada 200,000-300,000 pada 2022,” kata Song. – Bernama, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen