PENDUDUK Israel hari ini mengundi dalam pilihan raya kedua dalam tempoh lima bulan, yang akan menentukan sama ada Benjamin Netanyahu dapat meneruskan penggal sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat.
Semua pusat mengundi mula dibuka pada jam 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tutup pada 10 malam.
Netanyahu, 69, pada April lalu menerima cabaran sengit dari bekas ketua tentera, Benny Gantz dan parti haluan tengah, Pakatan Biru dan Putih.
Bekas menteri pertahanan Avigdor Lieberman, dulu orang paling kanan Netanyahu dan kini jadi lawan, dikatakan akan menjadi kingmaker “untuk menjadikan Israel normal semula”.
Seramai 6.4 juta penduduk Israel layak mengundi.
Tinjauan pertama akan dikeluarkan sebaik sahaja pengundian ditutup manakala keputusan rasmi dijangka akan diumumkan esok.
Kajian sebelum pilihan raya menunjukkan persaingan sengit antara Parti Likud pimpinan Netanyahu dan Pakatan Biru dan Putih di mana masing-masing menang 32 kerusi daripada 120 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Pilihan raya kedua diadakan selepas Netanyahu kalah pada April. – AFP, 17 September, 2019.
Komen