2 pengganas PKK 'dineutralkan' di Timur Turki 


Pasukan gendarmerie dan polis tempatan menjalankan operasi di timur wilayah Bitlis yang turut disokong tentera udara.– Gambar EPA, 17 September, 2019.

PASUKAN keselamatan Turki berjaya “meneutralkan” dua pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di wilayah Bitlis, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan kementerian dalam negeri pada Selasa.

Operasi pencegahan keganasan telah dilaksana di kawasan luar bandar di timur wilayah itu sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan dalam negeri, menurut kementerian berkenaan.

Pasukan gendarmerie dan polis tempatan telah mengendalikan operasi itu yang disokong tentera udara.

Kenyataan itu menyebut bahawa operasi tersebut sedang dijalankan di wilayah terbabit.

Pihak berkuasa Turki sering menggunakan perkataan “meneutralkan” dalam kenyataannya bagi menyatakan bahawa pengganas terbabit telah menyerah diri, terbunuh atau ditahan.

Dalam kempen keganasannya selama lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK yang disenarai sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, telah bertanggungjawab terhadap kematian hampir 40,000 orang termasuk wanita serta kanak-kanak. – Bernama, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen