MALAYSIA sedang cuba mencari negara yang boleh menerima Zakir Naik, tetapi “tiada” yang mahukan pendakwah kontroversi itu, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Kami cuba mencari tempat yang beliau boleh pergi, tetapi pada masa ini, tiada siapa yang mahu menerimanya,” kata perdana menteri pada program “Breakfast Grill” bersama BFM pagi ini.
Beliau ditanya mengenai persepsi bahawa Putrajaya “melindungi” Zakir.
Bertentangan dengan laporan terdahulu, Dr Mahathir menafikan India menggesa Malaysia untuk mengusir pendakwah kelahiran Mumbai itu.
“India tidak mendesak. Saya berjumpa Encik (Narendra) Modi, dan beliau tidak (katakan) mahu individu ini kembali. Individu ini juga boleh menyusahkan India,” katanya merujuk kepada rakan sejawatannya dari India.
Media India sebelum ini melaporkan Modi meminta Dr Mahathir untuk mengekstradisi Zakir ketika bertemu di Rusia pada 5 September.
Dr Mahathir mencadangkan Zakir adalah salah satu masalah yang lama yang terpaksa Pakatan Harapan tangani sejak merampas kuasa persekutuan daripada Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun lepas.
“Beliau bukan warganegara Malaysia. Beliau diberikan status pemastautin tetap oleh kerajaan terdahulu. – 17 September, 2019.
Berita penuh di sini
Komen