AS bidas Iran berhubung serangan loji minyak Arab Saudi 


Presiden Donald Trump menyalahkan Iran kerana mencetuskan konflik di rantau Teluk.– Gambar EPA, 17 September, 2019.

AMERIKA Syarikat sedia bertindak balas berhubung serangan terhadap loji minyak Arab Saudi, ketika Presiden Donald Trump menyalahkan Iran kerana mencetuskan konflik di rantau Teluk.

Trump berkata, beliau sedia untuk membantu Arab Saudi yang merupakan sekutunya untuk bertindak balas terhadap serangan dron hujung minggu lalu, yang menyebabkan kenaikan harga minyak dunia, namun masih menunggu maklumat tepat berhubung siapa yang bertanggungjawab. 

“Kita ada banyak pilihan,” kata pemimpin AS itu kepada pemberita, dan mengatakan tidak perlu terburu-buru untuk mengambil tindakan dan akan berunding terlebih dahulu. 

“Saya tidak melihat kepada konflik baharu, tetapi adakalanya kau perlu,” katanya. 

“Ia merupakan serangan yang besar, dan boleh menyebabkan serangan yang lebih besar lagi.”

Selepas pertemuan dengan Trump, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper turut membidas Iran sebagai kuasa ketidakstabilan serantau.

Tentera AS katanya, akan bekerjasama dengan rakannya untuk “menilai seragan yang tidak pernah berlaku ini dan mempertahanannya berdasarkan undang-undang antarabangsa yang dipandang rendah oleh Iran. – AFP, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen