PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro meninggalkan hospital pada Isnin iaitu lapan hari selepas menjalani pembedahan di bahagian perut kesan daripada tikaman pada kempen pilihan rayanya tahun lalu.
Bolsonari, 64, masih dijadualkan untuk hadir pads Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 24 September, yang mana Brazil secara tradisinya akan menyampaikan ucapan.
“Presiden akan meneruskan proses pemulihan di rumahnya dan perlu mematuhi garis panduan rawatan berhubung diet dan aktiviti fizikal,” menurut kenyataan dari Hospital Vila Nova Star di Sao Paolo.
Konvoi presiden itu dilihat meninggalkan hospital seawal petang Isnin untuk kembali ke ibu negara itu, Brasilia.
Bolsonaro menalani pembedahan selama lima jam di bahagian perutnya yang merupakan prosedur keempat. Beliau terpaksa menangguhkan tarikh asal kembali bertugas daripada 13 September kepada 18 September.
Sepanjang tempoh berada di hospital tidak menghalang beliau untuk menyampaikan siaran langsung di Facebook pada Khamis malam.
Pemimpin politik sayap kanan yang rapat dengan sekutu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, ditikam pada September lalu ketika berkempen untuk pilihan raya presiden.
Beliau dijangka akan memberikan ucapan di PBB yang memfokuskan kepada kebakaran hutan Amazon. Beliau turut menepis kritikan antarabangsa berhhubung cara beliau mengendalikan krisis itu. – AFP, 17 September, 2019.
Komen