RANCANGAN Putrajaya untuk melantik pemimpin masyarakat di Sarawak hanya akan mengganggu kestabilan, keharmonian dan perpaduan kampung dan rumah panjang di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah.
Unggah berkata dengan memiliki dua ketua rumah panjang hanya akan merosakkan keharmonian dan solidariti lebih dari 5,000 rumah panjang, kampung dan penempatan pedalaman di negeri itu.
“Ia juga mencerminkankejahilan orang luar terhadap sistem telah lama diamalkan kerajaan Sarawak dalam melantik pemimpin akar umbi”, kata Uggah memberi maklum balas kepada pengumuman Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah malam tadi yang mengatakan Kabinet Persekutuan telah bersetuju untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar melantik pemimpin masyarakat di negeri ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini, Uggah berkata mempunyai dua ketua komuniti, dengan seorang dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi oleh kerajaan Persekutuan tidak pernah berlaku sebelum ini berharap ia tidak akan berlaku.
“Kami mempunyai prosedur operasi standard kami sendiri untuk melantik ketua kaum dan ketua masyarakat kami. Kami sangat selesa dengan SOP ini.
“Sistem ini telah bekerja dengan baik untuk kerajaan negeri, rakyat di sini dan komuniti luar bandar,” kata Uggah. – 16 September, 2019.
MENYUSUL
Komen