Iran rampas bot seludup bahan bakar


Iran telah merampas sebuah bot yang disyaki digunakan untuk menyeludup bahan bakar dan menahan 11 anak kapal berhampiran lorong perkapalan penting. – Gambar EPA, 16 September, 2019.

IRAN telah merampas sebuah bot yang disyaki digunakan untuk menyeludup bahan bakar dan menahan 11 anak kapal berhampiran lorong perkapalan penting, lapor televisyen negara hari ini.

Rondaan tentera laut Pasukan Pengawal Revolusi Islam memintas kapal yang membawa 250,000 liter bahan api berhampiran Selat Hormuz, kata laman web TV negeri, memetik komander pasukan itu.

“Bot ini berlayar dari Bandar Lengeh ke perairan Emiriah Arab Bersatu sebelum ditahan 20 batu (32 kilometer) di timur pulau Tunb Greater,” kata Brigadier Jeneral Ali Ozmayi.

“Seramai 11 krew kapal telah ditahan,” katanya tanpa berkata bila ia berlaku atau memberitahu kewarganegaraan mereka.

Rakaman siaran televisyen negara menunjukkan tangki penuh dengan bahan bakar.

Ini adalah sitaan kali kedua pada bulan ini selepas bot yang disyaki menyeludup bahan api telah dirampas dan 12 anak kapal Filipina ditahan di Selat Hormuz pada 7 September. – AFP, 16 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen